Posts

Showing posts from September, 2017

SISTEM KOORDINASI BADAN MANUSIA

Image
SISTEM KOORDINASI     1)     Sistem koordinasi adalah sistem yang mengatur semua organ dalam tubuh badan agar bekerja secara teratur.      2)   Sistem koordinasi bekerja untuk menerima rangsangan, mentafsir rangsangan dan mengeluarkan  rangsangan yang telah diterima dan ditafsir.       3)       Sistem koordinasi terdiri daripada sistem saraf dan sistem endokrin. SISTEM SARAF 1) Sistem saraf merupakan sistem dalam badan yang menghubungkan semua bahagian tubuh dengan sistem saraf pusat. 2) Sistem saraf berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindakbalas terhadap rangsangan. 3) Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu: i) Sistem Saraf Pusat/Central Nervous System (CNS):       - CNS berfungsi sebagai pusat kawalan, intergrasi dan tafsiran.       - Otak dan Tulang Belakan...