SISTEM KOORDINASI BADAN MANUSIA

SISTEM KOORDINASI

    1)    Sistem koordinasi adalah sistem yang mengatur semua organ dalam tubuh badan agar bekerja secara teratur.
     2)  Sistem koordinasi bekerja untuk menerima rangsangan, mentafsir rangsangan dan mengeluarkan  rangsangan yang telah diterima dan ditafsir.
      3)      Sistem koordinasi terdiri daripada sistem saraf dan sistem endokrin.

SISTEM SARAF

1) Sistem saraf merupakan sistem dalam badan yang menghubungkan semua bahagian tubuh dengan sistem saraf pusat.
2) Sistem saraf berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindakbalas terhadap rangsangan.
3) Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu:
i) Sistem Saraf Pusat/Central Nervous System (CNS):
      - CNS berfungsi sebagai pusat kawalan, intergrasi dan tafsiran.
      - Otak dan Tulang Belakang
    



          - Sistem Saraf Pinggir/Peripheral Nervous System(PNS):
PNS berfungsi sebagai penerima dan penghantar maklumat dan bersambung kepada reseptor deria dan efektor.
Sistem periferi adalah berfungsi untuk menghubungkan SSP ke otot, kelenjar, pembuluh darah dan semua organ tubuh termasuk organ-organ deria. Sistem periferi terbahagi kepada dua bahagian iaitu ;
i.) Sistem Somatik – dikenali sebagai tindakan dan gerakan badan dalam sedar. Contohnya seperti mengangkat tangan, berjalan dan berlari
ii.) Sistem Autonomik – tindakan dan gerakan tanpa  sedar. Contohnya seperti detakan jantung, proses hormon, dan proses pencernaan. Selain itu, ia juga berkaitan dengan tindakan reflek seperti ketika kita menyentuh benda panas.


  
NEURON (SEL SARAF)


FUNGSI SETIAP BAHAGIAN NEURON

Axon Terminal

-       Mengirimkan neurotransmitter dari satu neuron ke yang lain.
-     Neurotransmitter dilepaskan dari ujung akson dari satu neuron dan mengikat ke dendrit dari sasaran neuron

Schwann Cell

-        Menghasilkan lemak sebanyak mungkin sehingga terbentuknya Myelin Sheath.
   Selain itu ia juga berfungsi untuk mempercepat pergerakan rangsangan, membantu dalam menyediakan persediaan makanan untuk axon dan juga membantu neurit dalam melakukan regenerasi.
-   
Axon

-        Bahagian yang paling panjang dalam neuron dan mempunyai saiz besar daripada dendrite.
-    Axon berfungsi sebagai  penghantar rangsangan dari badan sel menuju ke bagian efektor, bagian efektor itu adalah kelenjar dan juga otot.

Node of Ranvier

-        berfungsi untuk  percepatan pergerakan rangsangan ke otak.

Myelin Sheath

-      Merupakan lemak yang meliputi axon dan berfungsi untuk sebagai pelindung bagi neurit agar tidak mengalami kerosakan dan mencegah rangsangan menjadi bocor.

Nucleus (Nukleus)

-     Berfungsi untuk  mengaturkan kegiatan sel saraf pada tubuh manusia dan ia juga berperanan dalam pembentukan DNA dan kromosom bagi membentuk sifat pada seseorang.

Cell Body( Badan Sel )

-        Mempunyai sitoplasma dan nukleus.
-      Fungsi utama badan sel adalah untuk menerima rangsangan atau impuls yang diberikan oleh dendrit kemudian badan sel akan meneruskannya ke neurit.

Dendrite

-   Berfungsi untuk menerima rangsangan dan kandungan sodium, kalium dan juga kalsium juga berpengaruh terhadap penerimaan rangsangan oleh dendrite.

      SISTEM ENDOKRIN
      
     Sistem endokrin adalah sistem yang berperanan untuk mengawal fungsi dalam sistem tubuh melalui proses pengeluaran hormon. Berikut merupakan kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam sistem endokrin :-



Comments

Popular posts from this blog

OTAK MANUSIA