LATIHAN AEROBIK

Latihan aerobik adalah latihan yang bertujuan untuk merangsang jantung dan paru-paru. Kerana itu latihan aerobik DAPAT ditafsirkan dalam FITT iaitu:
1.FREKUENSI LATIHAN
2.INTENSITI LATIHAN
3.DURASI LATIHAN (TIME)
4.JENIS LATIHAN (TYPE)

FREKUENSI LATIHAN
• Frekuensi adalah jumlah latihan per minggu.
• Frekuensi latihan untuk endurance training adalah 2-5 kali per minggu
• Frekuensi latihan untuk anaerobic training 3 kali per minggu.
• Frekuensi latihan untuk menjaga kesihatan 3 kali per minggu.

INTENSITI LATIHAN
• Intensiti latihan aerobik antara 65-85% dari HRM (Heart Rate Maximum)
• Intensiti  untuk membakar lemak 65-75% dari HRM. Untuk latihan aerobik 70-85% dari HRM
• HRM dapat dikira dengan : HRM = 220-usia.
• Sebagai contoh, jika usia anda 20 tahun, maka zon latihan 70-85% dari HRM, adalah pada denyutan nadi 140 – 170 detik per minit.

DURASI LATIHAN ( TIME )
•Durasi minimum yang harus dlakukan pada aktiviti aerobic adalah 15-20 minit (Egger, 1993).
•Menurut Sharkey (2003) latihan seharusnya lebih dari 35 minit, hal ini mungkin kerana metabolisme lemak terus naik pada 30 minit pertama latihan. Namun tidak ada latihan melebihi 60 minit.
•Bagi atlet yang berlatih lebih 60 minit, bertujuan memantapkan stamina, bukan untuk mendapatkan kesihatan.
•Dengan demikian latihan aerobic memerlukan durasi latihan antara 15-60 minit per sesi latihan.

JENIS LATIHAN (TYPE)
• Jenis latihan adalah berbentuk atau model yang dipilih untuk latihan yang disesuaikan dengan fasiliti yang ada dan memudahkan atlet

• Jenis-jenis latihan: jogging, berbasikal, berenang, dan senam aerobik



LATIHAN ANAEROBIK

Anaerobik adalah satu aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga.  Sebagai contoh kita boleh lihat dalam sukan acara pecut dalam larian. Dalam penggunaan sistem tenaga ini memerlukan tenaga yang cukup untuk memberi kuasa terhadap seseorang itu.

Terdapat dua jenis sistem tenaga anaerobik

Anaerobik Laktik :
  • Aktiviti yang sangat tinggi apabila beterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang tersimpan dalam hati
  • Proses penghasilan ini dikenali sebagai Glikolisis anaerobik

Anaerobik Alaktik :
  • Aktiviti yang merlukan masa yang pendek dan berintensiti tinggi
  • Memerlukan tenaga segera yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat(ATP) dan Fosfokreatin(PC)
  • Tenaga hanya bolah dibekalkan bagi tempoh 10-20 saat

JENIS-JENIS SUKAN :

Lari Pecut




Angkat Berat






Comments

Popular posts from this blog

SISTEM KOORDINASI BADAN MANUSIA

OTAK MANUSIA