OTAK MANUSIA

OTAK (BRAIN)

Terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian kiri dan kanan. 

  1. Otak bahagian kiri mengawal sistem tubuh bahagian kanan. 
  2. Otak bahagian kanan mengawal sistem tubuh bahagian kiri.



Otak Depan (Prosensefalon)

Prosensefalon memiliki bahagian menonjol yang disebut otak besar atau serebrum. Serebrum terbagi menjadi belahan kanan dan kiri. Serebrum terdiri daripada 2 bahagian, iaitu:

  • Korteks (permukaan luar)
  • Medula (permukaan dalam)

Otak depan terbahagi atas 4 lob, iaitu:

  • Frontal Lob (bagian depan)
  • Berada di dahi
  • Berfungsi sebagai pusat berfikir
  • Parietal Lob  (bagian antara depan-belakang)
  • Berada di ubun-ubun
  • Berfungsi sebagai pusat sentuhan dan gerakan
  • Occipital Lob (bagian belakang)
  • Berada di bagian belakang kepala
  • Berfungsi sebagai pusat penglihatan
  • Temporalis Lob (bagian samping)
  • Berada di atas depan
  • Berfungsi sebagai pusat pendengaran dan berbahasa

Otak Tengah (Mesenfalon)

Karakteristik Otak Tengah:
  • Berukuran kecil
  • Memiliki lob optik yang berfungsi mengatur gerak bola mata
  • Berfungsi mengatur pendengaran
  • Fungsi otak tengah iaitu menyampaikan impuls antara otak depan dan otak belakang, kemudian otak depan dan mata.

Otak Belakang (Rombesenfalon)

Tersusun atas 2 bahagian utama, iaitu:
  • Otak kecil (serebelum)
Berfungsi sebagai pusat keseimbangan, koordinasi, dan memantau posisi tubuh. Memiliki 2 belahan. Diantara belahan tersebut terdapat laluan yang berfungsi menghantar impuls dari bahagian kiri ke kanan otak kecil, menghubungkan korteks otak besar dengan otak kecil dan menghubungkan otak depan dengan sumsum tulang belakang.

  • Medula Oblongata
Medula Oblongata bersama serebelum dan laluan membentuk batang otak. Batang otak berfungsi mengontrol berbagai proses penting bagi kehidupan, misalnya bernafas, denyut jantung, mencerna makanan, dan membuang kotoran.


Sistem Limbik (Lymbic System) 



Komponen limbik  ialah:- 

  1. Hipotalamus.
  2. Thalamus.
  3. Amigdala.
  4. Hipocampus.

  • Sistem limbik berfungsi menghasilkan perasaan, mengatur produktiviti hormon, memelihara homeostasis, rasa lapar dan dahaga, dorongan seks, rasa senang, metabolisme dan juga memori jangka panjang.
  • Bahagian terpenting dari Limbik Sistem adalah Hipotalamus yang salah satu fungsinya adalah bahagian memutuskan mana yang perlu mendapat perhatian dan mana yang tidak. Misalnya anda lebih memperhatikan anak anda sendiri dibanding dengan anak orang yang tidak anda kenal.


  • Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal


    Gerak balas manusia terhadap sesuatu rangsangan dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:
    1. Tindakan terkawal (voluntary actions).
    2. Tindakan luar kawal (involuntary actions).
    Tindakan terkawal ialah tindakan yang dikawal oleh otak. Tindakan ini berlaku alam keadaan sedar dan boleh dilaksanakan mengikut kehendak atau keinginan individu. Contohnya, bertutur, berlari, ketawa, membaca dan menari.

    Tindakan luar kawal ialah tindakan yang tidak dikawal dan dilakukan tanpa disedari. Contohnya, peristalsis (perjalanan tinja di dalam usus), pencernaan, denyutan jantung dan kadar pernafasan normal.

    Tindakan luar kawal dikoordinasikan (coordinated) oleh medula oblongata dan sistem saraf autonomi (autonomic nervous system). Sistem saraf autonomi menyambungkan saraf tunjang kepada organ-organ dalam badan.

    Tindakan luar kawal tidak boleh dimulakan atau dihentikan mengikut kehendak kita.

    Terdapat sesetengah tindakan luar kawal pada peringkat awal kehidupan manusia yang menjadi tindakan terkawal apabila dewasa, contohnya penyahtinjaan.

    Pernafasan pada asasnya ialah tindakan luar kawal, tetapi boleh menjadi tindakan terkawal apabila kadar pernafasan berubah menjadi lebih cepat.


    Kesan Kecederaan Pada Bahagian Tertentu Otak

    Kecederaan otak akan menjejaskan fungsi bahagian badan tertentu. Jika keadaan yang teruk, kecederaan tertentu pada otak boleh membawa maut


    Faktor –faktor kecederaan ialah:-

    1.  Kemalangan (hentakan kuat dikepala)
    2.  Jangkitan kuman atau virus (penyakit – J.E)
    3.  Strok (darah tinggi)
    Contoh kecederaan pada bahagian otak dan kesannya:-
    1.  Kecederaan bahagian bau dan rasa menyebabkan kegagalan deria bau dan rasa
    2.  Kecederaan medula oblongata menyebabkan semua tindakan luar kawal terjejas @ mati
    3.  Keceraan bahagian pendengaran menyebabkan pekak
    4.  Kecederaan bahagian penglihatan menyebabkan buta
    5.  Kecederaan bahagian bau dan rasa menyebabkan kegagalan deria bau dan rasa
    6.  Kecederaan medula oblongata menyebabkan semua tindakan luar kawal terjejas atau mati
    7.  Keceraan bahagian pendengaran menyebabkan pekak
    8.  Kecederaan bahagian penglihatan menyebabkan buta
    9.  Bahagian serebellum menyebabkan badan kehilangan keupayaan mengimbangi badan.
    10. Kecederaan bahagian pusat motor akan menyebabkan lumpuh pada bahagian tertentu (contoh tangan, kaki).

    Comments

    Popular posts from this blog

    SISTEM KOORDINASI BADAN MANUSIA